Saturday, December 28, 2013


TOKYO – Sekurang-kurangnya 13 terkorban apabila taufan terkuat, Wipha melanda Tokyo yang mengakibatkan tanah runtuh di sebuah pulau di Jepun, hari ini.

Kejadian itu turut mengakibatkan beratus penerbangan terpaksa dibatalkan dan melumpuhkan sistem pengangkutan awam di ibu negara Jepun itu.

Menurut Pihak Berkuasa Pulau Izu Oshima, kejadian berlaku kira-kira 120 kilometer di selatan Tokyo. Sebanyak 13 mayat sudah dijumpai tertimbus akibat tanah runtuh.

Lebih 10 kediaman musnah manakala 50 penduduk dilaporkan hilang.

“Kami belum dapat mengenal pasti kerosakan yang berlaku,” kata pegawai bandar Oshima, Hinani Uematsu.

Sementara itu, menurut Agensi Berita Tempatan, NHK, kira-kira 38 penduduk dipercayai hilang selepas lima rumah musnah atau hanyut dalam kejadian tanah runtuh dan banjir di Pulau Oshima. – AP

Categories: , , , , , ,

0 comments:

Post a Comment

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!