Friday, January 31, 2014


Semalam telah berlangsungnya majlis persandingan Abby Abadi atau nama sebenarnya, Arbaiyah binti Abdul Manan bersama pasangan, Muhammad Noor Farhan Che Bakar bertempat di Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Sehari sebelum majlis tersebut berlangsung, Abby dilihat telah sempat berkongsi beberapa foto menariknya sekitar majlis berinai dan foto tersebut bagaimanapun telah mendapat kritikan daripada segelintir pengikutnya di laman sosial sehingga ada mengatakan perbuatan tersebut adalah haram.


Bagi membidas semula kenyataan tersebut, Abby telah menjelaskan bahawa perbuatan melukis inai di atas telapak tangan adalah tidak haram dan perbuatan tersebut dikatakan telah menjadi adat di kalangan masyarakat masa kini.


Dalam pada itu, Abby turut menjelaskan bahawa lukisan yang dilukis itu mestilah berunsurkan tumbuh-tumbuhan ataupun bunga-bungaan dan bukannya makhluk bernyawa seperti haiwan mahupun manusia.


Apa pun, Abby Abadi tetap kelihatan anggun dan cantik di majlis persandingannya dan diharapkan semoga rumah tangga yang dibina akan tetap berkekalan.
Untuk makluman, majlis persandingan pihak lelaki akan berlangsung di Tumpat, Kelantan pada 6 September depan.

Sumber : OhBulan.com

Thursday, January 30, 2014

Noniswara BERSEMUKA Artis Yang Merosak Rumah Tangganya!

KUALA LUMPUR – Pelakon Noniswara mendedahkan telah bersemuka dengan seorang artis wanita yang dikatakan menjadi penyebab keretakan rumah tangganya dengan Datuk Rosman Ridzwan sehingga dia membuat keputusan untuk bercerai.
Noniswara atau nama sebenarnya Noniswara Baharudin, 43, berkata, dia terpaksa bertemu dengan wanita tersebut bagi mendapatkan penjelasan tetap menemui jalan buntu.
“Sebelum bertemu dengan wanita berkenaan saya ada bercakap dan berbalas SMS dengannya bagi membincangkan perkara yang melanda dalam rumah tangga saya sehingga ia membawa kepada kehancuran.
“Bagaimanapun dia tidak mengakui perbuatan dan kesilapan yang telah dilakukan,” jelasnya kepada mStar Online ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah di sini, Khamis.
Pada perbicaraan tersebut, Noniswara memberitahu mahkamah suaminya enggan hadir ke mahkamah untuk menyelesaikan kes penceraian mereka dan gagal dihubungi bagi menyerahkan surat saman berkaitan permohonan cerai yang difailkan sebelum ini.
Dalam pada itu, Noniswara berkata, dia tidak berhasrat untuk mendedahkan siapakah artis wanita berkenaan kerana yakin segelintir pihak sudah tahu siapakah dalang yang menyebabkan keruntuhan rumah tangganya yang dibina selama empat tahun itu.
“Rasa-rasanya tidak perlu saya sebut siapa wanita berkenaan kerana rasanya semua orang sudah tahu. Tidak perlu saya memburukkan keadaan sekarang,” jelasnya.
Tambah Noniswara, sebelum ini dia tidak berhasrat untuk bercerai selepas mengetahui kehadiran orang ketiga itu dan berharap suaminya akan kembali ke pangkal jalan.
Namun apabila masalah itu berlarutan sehingga beberapa bulan, dia mendapati tiada penyelesaian yang mampu menyelamatkan perkahwinan mereka selain membuat keputusan untuk bercerai.
“Saya hadir ke mahkamah kerana sudah bersedia untuk kembali hidup sendiri,” katanya.
Sementara itu, Noniswara berkata, dia berharap proses penceraiannya dengan Rosman akan berakhir dengan baik kerana dia tidak mahu kes itu berpanjangan.
Malah dia juga tidak mahu kisah buruk mengenai perkahwinan mereka terbongkar dan menjadi paparan orang ramai sekiranya kes berkenaan tidak dapat diselesaikan dengan baik.
Nonis dan Rosman telah mendirikan rumah tangga pada 1 Ogos 2009.
Pelakon yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan ini mempunyai tiga anak tinjauan perkahwinan pertamanya sementara Rosman pula yang sebelum itu berstatus duda memiliki lima anak daripada perkahwinan terdahulu. – mStar Online

Wednesday, January 1, 2014


SEPERTI yang semua ketahui, semalam kelab bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) telah ‘dibelasah’ oleh pasukan Kelantan 6-1 dalam saingan suku akhir Piala Malaysia.

Namun, apa yang penulis kongsikan di sini ialah mengenai idea orang-orang kita yang ‘terlebih kreatif’ mengaitkan pemain-pemain bola dalam team JDT dengan kehidupan peribadi pemain itu sendiri.

Dengan menggelarkan pasukan itu sebagai Jantan Dayus Team (JDT), nama pemain Nor Shahrul Idlan Talaha atau Mat Yo, Safee Sali, Aidil Zafuan dan Shafiq Rahim dikaitkan dengan pelbagai isu peribadi yang pernah melanda mereka sebelum ini.

Seperti yang kita ketahui, heboh sejak dua minggu lalu video tindakan biadap dan kurang ajar isteri Mat Yo, Siti Aisya Adam terhadap pengawal keselamatan yang bertugas di Lapangan Terbang Subang Skypark.

Nama Mat Yo teruk dikecam berhubung insiden tersebut malah dia juga dikatakan sebagai jantan dayus kerana tidak membimbing isterinya dengan baik.

Selain itu, Aidil juga tidak terkecuali dijadikan subjek dalam perkara ini apabila dia dikatakan dayus kerana telah menceraikan isterinya, aktres popular, Rita Rudaini hanya menerusi kiriman SMS beberapa bulan lalu.

Shafiq Rahim pula dikaitkan dengan isu tunangnya, Zandra Aziela yang berpeluk mesra dengan penyanyi pujaan wanita, Anuar Zain sementara keruntuhan rumah tangga Safee sebelum ini turut dikaitkan apabila dia meninggalkan isterinya demi perempuan Indonesia.

Cuma diharapkan para peminat perlu lebih profesional.

Namapun manusia, tak mungkin lepas dengan masalah.

Kita hanya menilai yang tersurat tanpa mengetahui apa yang tersirat.

Rasanya lebih baik kita di luar padang ini tumpukan usaha bagaimana nak menaikkan atau menambah baik pasukan di negeri masing-masing.

Ternyata gosip dan sindiran sebegini tidak akan membantu malah boleh menjatuhkan maruah pemain.

Mereka juga manusia…nak buat lawak jangan lebih-lebih ye…

Oleh:  AUDREY LEE
Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!